Sunday, 10 September 2017

Japan Solo BackpackingTrip : Day 1 (14/05/2017 - Sunday)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera pembaca sekalian.


Dah baca itinerary penuh trip kali kedua ke jepun ni? Kalau belum, klik >>> SINI. Baca dulu entri itinerary tu sebab ada intro sikit2. Entri ni saya jump straight to hari kejadian. Plus, ada link2 penting untuk bacaan lanjut dalam tu.

Seawal jam 5 pagi saya bertolak dari kediaman di Cheras menuju ke Putrajaya Sentral. Park kereta disana dan ambil ERL ke KLIA2. Selesai solat subuh, saya terus ke Tune Store di aras 2 Getway@KLIA2 untuk collect pocket wifi. Ini pertama kali menggunakan perkhidmatan pocket wifi dari Travel Recommends (TR). Ada beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan sebegini kat area KL tapi saya pilih TR sebab rate paling murah masa tu (RM20/day).




Kebiasaannya guna wifi free masa travel. Boleh je hidup tanpa internet dan social media. Tapi trip Japan ni lain. Dah jadi keperluan. Firstly, last minute planning (sebab cuti susah nak dapat). Natijahnya, tak sempat nak buat research yang lengkap. Itinerary ringkas je sempat buat. Selebihnya sambil travel sambil study & decide. Jarak perjalanan sangat jauh. Jadi internet harus ada sepanjang masa untuk check train timetable, estimate masa perjalanan dan merancang aktiviti.

Anyhow, saya book dan bayar siap2 di website TR (link dalam itinerary). Pagi sebelum bertolak terus collect kat kaunter Tune Store. Dalam beg hijau tu ada gadjet, USB port, & charger. Sampai Jepun nanti, terus log in guna password yang tertera di belakang gadjet & voila, you're connected ! Harus diingat, anda harus bayar deposit untuk set barang2 ni. Kalau hilang gadjet ni hangus deposit tu.




Alhamdulillah cuaca terang benderang pagi ahad tu. Dapat seat paling belakang sekali, dan sebelah takde passenger lain. Masuk je kabin terus bukak segala jenis buku dan nota masa belajar bahasa Jepun 3 tahun lepas. Dah macam belacan ! Sensei tengok ni mampus kena cubit telinga, hihi.

Sejujurnya dah lama tak practice bahasa ni. Satu-satunya geng yang boleh communicate dalam japanese (Fateha - bahasa jepun anime) pun dah lama tak jumpa lepas sambung master programme. Sedar2 je dah hilang semua skill, macam back to square 1. Jenuh crash course dalam flight 5 jam lebih tu. huhu.





Mujur awan cantik kat luar tingkap, dapat jugak ditenung. Lapang sikit otak yang berserabut. Nervous jugak banyak benda tak settle lagi. Biasanya semua perkiraan sudah dibuat sebelum berangkat travel. Semoga dipermudahkan.

Alhamdulillah kami selamat mendarat di Kansai International Airport jam 3.10 pm waktu tempatan. Cuaca baik. Imgresen lancar, cuma beg kena geledah kejap (? ada nampak gaya penjenayah ke saya ni? Kesangsian pakcik imigresen bertambah bila cakap saya travel sorang).

Saya terus ke surau untuk selesaikan tanggungjawab. 3 tahun lepas takda lagi surau kat sini. Dah banyak perubahan yang dilakukan oleh pihak Japan National Tourism untuk menjadikan negara Jepun sebagai sebuah destinasi pelancongan yang muslim-friendly. Salute !

Surau berada di tingkat 3 Terminal 1, bersebelahan Korean Air Lounge. Ikut je tanda arah inshaAllah jumpa. Surau lelaki dan perempuan asing, siap dengan tempat wuduk. Ada lagi 2 surau kat airport ni, di north & south wing International departure gate.


 Tanda arah yang jelas ke surau.

 Tempat wuduk dalam surau lelaki siap dengan sabun, tisu dan tong sampah.

 Ruang solat dalam surau lelaki.

 Al-Quran, sejadah, kain pelikat, kopiah, minyak wangi semua ada.

 JR ticket office, tingkat 2.


Selesai solat, saya ke JR ticket office di tingkat 2 luar bangunan airport. Kali ni yang melayan saya adalah pekerja warga China yang bekerja di bahagian  kaunter 'foreign tourist'. Tak berapa nak mesra orangnya. Saya lebih prefer warga tempatan sendiri yang jauh lebih sopan dalam melayan tetamu.

Ini kali kedua saya guna JR Pass. Di JR ticket office ni kita kena tukar Exchange Order yang dibeli di KL dengan JR Pass. Kemudian boleh tentukan tarikh bila nak mula guna Pass ni. Saya terus aktifkan untuk guna serta merta sebab petang ni akan terus ke Kanazawa, sebuah bandar di bahagian barat kepulauan Honshu, hampir 300km dari Osaka.

Dari Kansai, saya menaiki Ltd. Exp Haruka 40 dalam perjalanan ke Kyoto dan berhenti di Shin-Osaka station (51 minit). Dari Shin-Osaka saya menaiki Ltd. Exp. Thunderbird 37 terus ke Kanazawa (149 minit). Dengan adanya pocket wifi tu, mudah saya nak check train schedule di HyperDia. Kagum sungguh dengan ketepatan masa  keretapi disini. Seminit pun tak lambat. 

Takde apa sangat nak dibuat selain melayan perasaan sorang2 dalam train tu. Belek2 buku sikit sambil buat research pasal perjalanan esok hari.


 Di Shin-Osaka station menunggu keretapi ke Kanazawa.

 Matahari terbenam di ufuk barat.



Tepat jam 8.15 pm saya tiba di Kanazawa station. Untuk ke hostel tempat beradu malam ni, saya harus keluar melalui East exit (Kenrokuen exit). Jarak hostel hanya 350 meter dari stesen. Google map je arah ke hostel sebab ada pocket wifi ni. Mudah sangat. Sejuk jugak cuaca kat luar dengan angin sepoi2 bahasa.


 Wooden Arch di bahagian East Exit, Kanazawa Station.

Good Neighbour's Hostel.


Pekerja di reception counter sangat peramah. Tak pernah ada tetamu dari Malaysia katanya. Terus dibawa ke bilik. Siap jemput join diorang buat party minum alcohol lagi malam tu. Tradisi mereka buat minum2 bersama customer di lewat malam. Saya kata tak minum alcoholic drink sebab saya muslim, dia garu kepala. Mungkin minah ni tak pernah terdedah kepada Islam kot. Dia memang tak paham walau saya cakap dalam bahasa dia.

Nasib badan dapat katil atas. Yang bawah semua dah penuh. Yang bestnya kat Jepun ni dorm semua ada tirai, dan katil luas. Mat saleh sorang ni tak berapa nak mesra kalau nak berborak. Muka bengis, jawab sepatah-sepatah. Yang lain dah terbaring atas katil, sibuk dengan handphone masing2 disebalik tirai. Yang duduk katil bawah saya je mesra sikit. Orang Israel. Borak cincai2 je lah. Takde la nak hadap sangat orang Isra-hell tu kan. 

Tadi kat train station dah tapaw roti dan onigiri untuk dinner. Makanan ruji sepanjang trip ni. Lepas mandi dah solat, terus lelap. Esok kena bangun awal giler untuk catch train pertama ke Toyama.

Itu saja untuk hari pertama. Nothing much. Xde gambar lawa atau scenery cun. Sehingga berjumpa lagi dalam entri berikutnya.

Assalamualaikum !


Thursday, 7 September 2017

Kashmir-Ladakh Roadtrip : Adventure Of A Lifetime (Itinerary)


Assalamualaikum & salam sejahtera pembaca budiman sekalian,


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi trip reunion #galakjalan & #genghikers telah pun berjaya dilaksanakan. Last travel ramai2 masa gi Bangkok sempena New year 2016. Lepas tu masing2 sibuk dengan hal sendiri. Semenjak tu travel sorang2 atau pun berdua je sebab susah benor nak sychronize cuti untuk group travel.

Angan2 untuk ke Ladakh semenjak filem 3 Idiots menerjah panggung pada tahun 2010 akhirnya menjadi kenyataan. Saban tahun rencana untuk melawat Pangong Lake yang menjadi lokasi terakhir penggambaran filem tersebut ditangguhkan atas pelbagai sebab dan alasan. Akhirnya berjaya capai kata sepakat dengan geng semua. Asalnya nak reunion di Flores, Indonesia tapi detour ke Ladakh jugak. Mungkin dah tersurat sampai masanya kami ke sana.


Ahli jemaah: 

Pada asalnya 6 orang (Fir, Shafik, Azila, Fairuza, Fiza & Kancil). Kemudian Aimi join. Last minute, sifu Fir tarik diri atas tuntukan kerja dan study. Terkilan sungguh tuan presiden tak dapat join. Dah lama sangat dia berangan nak ke Ladakh. Mudah-mudahan ada rezeki nanti untuk ke sana.


(Bersama Mr Tanveer di depan boathouse; instagram @patellago)


Penerbangan:

Pertama kali naik Malindo Air (KL-Delhi-KL). Selesa, luas, ada in flight entertainment dan makanan. Yang kurang tu cuma toilet ada 2 je kat belakang sekali. Masa pergi duduk depan. Jenuh nak menapak ke belakang. Balik pulak dapat seat paling belakang sekali. Sepanjang malam telinga dihalwakan bunyi flush toilet dan hidung disajikan dengan bau hancing.

Dari delhi kami terbang ke Srinagar dengan Tata Sia Airlines (Vistara) dan pulang ke Delhi semula dari Leh dengan Go Air.


Tanah gersang dan tandus.


Pakej:

Instagram: @kashmir_ladakh_tourism
Whatsapp: +919990048712 (Mr. Tanveer)

Harga per pax untuk 7 orang: 19200 rupees (~ RM 1278)
Harga per pax untuk 6 orang: 22000 rupees(~ RM 1465)

Termasuk dalam pakej:
- penginapan sepanjang di Kashmir & Ladakh
- Makan pagi dan malam setiap hari
- Complimentary lunch x 1
- Pengangkutan termasuk duit minyak, upah driver, duit tol dan parking
- Shikara ride di Dal Lake
- Permit untuk ke Nubra valley dan Pangong lake
- Airport pick up & drop

Tak termasuk dalam pakej:
- Makan tengah hari
- Entrance fee

Kira murah jugak la pakej ni. Ada satu lagi tour kami survey harga double. So yes, korang boleh la consider Mr Tanveer ni. Dia pun muslim so bab makanan tak susah except memang most of the time kat Ladakh kami dipaksa jadi vegetarian.




Berikut merupakan itinerary penuh trip Kashmir-Ladakh Roadtrip.


------------------- xxxxx -------------------


25/08/2017 (Jumaat):

1805 : Berlepas dari KLIA (Malindo Air)

2105 : Tiba di Indira Gandhi International Airport, Delhi

2145 : Teksi ke Airport Hotel Mayank Residency (~ 2.5 km) dan bermalam disana.


26/08/2017 (Sabtu):

0500 : Bergerak ke Delhi Airport (tempah teksi melalui pihak hotel)

0830 : Berlepas dari Delhi Airport (Tata Sia Airlines)

0955 : Tiba di Srinagar Airport, Kashmir dan melalui proses imigresen. Terus ke Houseboat Queen of Mountain untuk check in, kemudian keluar untuk melawat beberapa lokasi di sekitar Srinagar (Mughal Gardens of Nishat & Shalimar, Jamia Masjid, dan seterusnya Shikara ride di Dal Lake). Makan malam di houseboat.


Jamia Masjid; masjid terbesar di Srinagar.

Shikara ride dikala senja berlabuh.



27/08/2017 (Ahad):

Srinagar --> Sonamarg --> Zoji La --> Dras --> Kargil.

Bermalam di Hotel Greenland, Kargil


Sonamarg; sering menjadi lokasi pilihan penggambaran filem2 bollywood.

Srinagr-Leh Highway melalui Zoji La.

Kenderaan berat yang melalui Srinagar-Leh Highway.

Kargil War Memorial, Dras.


28/08/2017 (Isnin):

Kargil --> Mulbekh Monastery --> Fotu La --> Lamayuru Monastery --> Magnetic Hill --> Leh
Bermalam di Gongma Guesthouse, Leh.


Mulbekh Monastery.

Panorama sekitar Mulbekh Monastery.

Fotu la; 4108 meter dari paras laut.

Lamayuru Monastery.

Magnetic Hill.


29/08/2017 (Selasa):

Leh --> Khardung La --> Nubra Valley

Bermalam di Himalayan Guesthouse


Lembah gersang Leh dari atas gunung.

Glacier di puncak Khardung La.

Camel ride di White Sand Dunes, Nubra Valley.

Lagi-lagi unta.

Merdeka Shoutout.



30/08/2017 (Rabu):

Nubra --> Khardung La --> Leh

Melawat Diskit Monastery di Nubra Valley sebelum berangkat pulang ke Leh.

Di Leh, melawat Shanti Stupa, Leh Palace dan Leh Bazaar

Bermalam di Gongma Guesthouse, Leh


Maitreya buddha statue di Diskit Monastery, Nubra Valley.

Nubra Valley.

Shanti Stupa, Leh.

Pekan Leh.

Lagi pekan Leh; pemandangan dari Leh Palace.


31/08/2017 (Khamis):

Leh --> Druk White Lotus School (Rancho School) --> Chang La --> Pangong Lake (skip Thiksey Monastery)

Bermalam di Nomadic Life Camp, Pangong Lake


 Druk White Lotus School (Rancho School).

 Sekolah kosong sebab murid semua pergi berkelah.

Kawasan dalam sekolah.

Lagi monastery dalam perjalanan ke Pangong Lake.

Gadis-gadis kedinginan.

Pangong Lake; lewat petang.


01/09/2017 (Jumaat):

Pangong Lake --> Chang La --> Leh (skip Sindo ghat & Shey Palace)

Bermalam di Gongma Guesthouse, Leh

Campsite di bibir tasik Pangong.

Vespa Pia Chanchad dalam 3 Idiots.

Pangong Lake yang indah.

Adakah itu Pia Chanchad???

#gitew #gadistibet


02/09/2017 (Sabtu):

1030 : Berlepas dari Leh Airport (Go Air)

1150 : Tiba di Delhi Airport, naik bas untuk ke Terminal 3 International Airport (30 minit)

Melawat Qutab Minar dengan menaiki Delhi metro sebelum pulang semula ke airport.


Qutb Minar.

Mood raya haji di perantauan.


2205 : Berlepas dari Indira Gandhi international Airport (Malindo Air)


03/09/2017 (Ahad):

0600 : Tiba di KLIA


--------------- xxxxx ---------------


Sekian. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen dibawah atau email saya ya.

Semoga berjumpa lagi.

Assalamualaikum !